DIET MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH
S.A.W
Dalam
aspek berkaitan etika pemakanan sihat, diet Rasulullah SAW boleh dijadikan
panduan dan ikutan kerana baginda adalah contoh teladan yang terbaik buat semua
umat manusia. Rasulullah SAW merupakan seorang yang mementingkan khasiat dan
mutu makanan yang diambil agar dapat sepenuh keberkatan dan manfaat
daripadanya.