LATAR BELAKANG
SYARIKAT
Gesundheit
Pharmaceutical & Laboratories Sdn Bhd (GLP) adalah sebuah syarikat
tempatan yang bergiat aktif di dalam perusahaan air minuman dan
lain-lain produk yang berkaitan dengan kesihatan. Diasaskan pada tahun
2002 oleh Emeritus Prof Sir Amir Hamzah Abdul Hamid yang merupakan
seorang anak jati Melaka, GLP telah memulakan perniagaan air minuman
bertenaga (Wave Energy Water) berjenama ECPI yang mempunyai pelbagai
kelebihan dan kebaikan. Produk tersebut yang merupakan innovasi
teknologi terkini telah mendapat sambutan yang membanggakan bukan sahaja
di dalam negeri malahan juga mendapat sambutan yang hangat berikutan
permintaan yang tinggi dari pihak-pihak yang berminat dari luar negeri.
GLP mempunyai kilang memproses di Pulai, Melaka dengan seramai 100
orang tenaga kerja. Dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 200,000 liter
sehari, syarikat mampu untuk memenuhi permintaan yang sedia ada dan
berdasarkan permintaan yang semakin meningkat GLP bercadang untuk
membesarkan lagi pengeluaran pada masa akan datang.
GLP yang mempunyai ibu pejabat di Desa Melawati, Kuala Lumpur
sentiasa mensasarkan pengedaran produk yang berkualiti dan bermutu
tinggi ini kepada para pengguna. Oleh yang demikian, pengurusan GLP
sentiasa menitikberatkan sistem pengedaran dan pemasaran produk secara
sistematik seperti memperkenalkan jualan secara multi level (MLM) dan
sebagainya.
Ternyata, setelah hampir sedekad, hasil usaha gigih setiap warga
kerja GLP telah berjaya menjadikan perniagaan kesihatan ini sebagai
salah satu syarikat bumiputera yang berjaya di Malaysia. Lebih
membanggakan lagi, ianya kini menjadi ikon kepada usahawan-usahawan yang
lain dalam menjadikan bidang keusahawanan sebagai kerjaya dalam
menyahut saranan kerajaan kearah menjadikan Malaysia sebagai negara maju
pada tahun 2020.

No comments:
Post a Comment